Friday, 15 February 2013

Tutorial - cara menjahit coaster



Tutorial menjahit coaster, langkah demi langkah:


Bagi menghasilkan sekeping coaster, potong 2 keping kain cotton berukuran 4.5 x 4.5 inci dan sekeping batting berukuran 4 x 4 inci.

Susun kain seperti dalam gambar di bawah - kain cotton helaian pertama (bahagian yang betul ke atas), kain cotton helaian kedua (bahagian yang betul ke bawah), diikuti dengan batting.

Selarikan kain-kain cotton dan batting tadi:

Jahit di sekeliling batting dan tinggalkan lebih kurang 2 inci bahagian yang tidak dijahit pada salah satu tepi, seperti dalam gambar di bawah. Kita akan guna bahagian yang tidak dijahit ini untuk menterbalikkan kain supaya bahagian kain yang betul berada di bahagian luar.

Terbalikkan kain melalui bahagian yang tidak dijahit tadi dan betulkan sudut-sudut tepi coaster:

Jahit coaster supaya lubang yang digunakan untuk menterbalikkan kain tadi tertindih dengan jahitan. Kemudian bolehlah dijahit dengan corak mengikut kreativiti masing-masing:

Contoh corak-corak jahitan yang boleh dijahit di atas coaster:



No comments:

Post a Comment