Monday, 30 June 2014

Kek coklat untuk birthday Amirul

Amirul turned 9 recently, Alhamdulillah :)

Shas buat kek coklat untuk Amirul, dapat la jugak kek tu jadi sebahagian daripada menu iftar untuk Ramadhan pertama tahun ni. Semalam berbuka dekat rumah mama Shas dan semua adik-beradik dan anak-anak buah ada sekali. Seronok berbuka ramai-ramai cam gitu.


Happy birthday Amirul!, Semoga Amirul mendapat yang terbaik di dunia dan di akhirat, insyaAllah. Mama loves you always.


Kek coklat ni sama dengan kek yang Shas buat untuk birthday Iman tempoh hari. Senang je nak buat, tak perlu mixer segala, hanya perlu mix pakai spatula. Resepi asal dapat dari sini.

Bahan-bahan untuk kek:
1 1/4 cawan tepung
1 cawan gula
1/3 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air suam
1 sudu kecil esen vanilla
1/3 cawan minyak sayuran
1 sudu kecil cuka epal

Campurkan bahan-bahan kering, kemudian masukkan bahan-bahan basah dan kacau rata. Bakar pada suhu 175 darjah Celcius lebih kurang 25 hingga 30 minit.

Untuk topping, Shas pakai resepi topping yang Shas pernah share dulu (klik sini untuk resepi).


Salam Ramadhan buat semua yang beragama Islam.




4 comments:

  1. Wah teruja tengok sebab kata tak perlu mixer

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah. Memang tak perlu mixer, kalau nak mix terus dalam bekas yg nak guna untuk bakar dalam oven pon boleh. Senang, x perlu basuh banyak-banyak.

      Delete
  2. Replies
    1. Shas x pernah try kukus, kalau kek coklat kukus shas buat ikut resepi ni madebyshas.blogspot.com/2013/01/resepi-kek-kukus-coklat-lembab.html

      Tapi kalau u nak try kukus based from this resepi, bolehlah try. Kalau ok inform balik ye. Thanks.

      Delete