Monday, 26 January 2015

Ayam goreng kunyit dengan asparagus

Ni resepi yang sangat simple. Kalau hari sekolah, dan berkejar-kejar nak masak sebab lepas tu nak hantar Nuha ke sekolah dan ambil Amirul dan Faiz dari sekolah, memang menu ni antara yang menjadi kegemaran Shas.

Sangat senang nak buat, preparation pun simple, and the kids pun memang makan kalau masak macam ni. So satu lauk pun cukup sebab dah ada protein dari ayam, dan ada juga sayur yang digoreng sekali. Kalau tak cukup sayur, bolehlah ditambah salad yang dipetik dari balkoni.


Basuh ayam (selalunya Shas guna chicken fillet), dan potong kecil. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.

Potong bawang besar dan hiris nipis. Potong asparagus (atau boleh juga gunakan kacang panjang atau kacang buncis).

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan bawang yang telah dihiris dan biar seketika di atas api.

Kemudian masukkan ayam dan tutup tudung kuali (supaya ayam yang digoreng lembut). Apabila ayam yang di dalam kuali sudah masak, buka penutup kuali dan besarkan api. Masukkan asparagus dan kacau sehingga masak.




Wednesday, 14 January 2015

Resepi bayam malabar dengan tofu dan sos tiram

Sebenarnya kalau boleh semua resepi nak didokumenkan dalam blog ni. Senang, sebab kalau agak agak takde idea nak masak apa, browse through je blog sendiri untuk cari idea. At least the recipe has been tried and tested kan. 

Boleh juga jadi sumber rujukan pada anak anak cara mama mereka masak lauk pauk, roti, western food segala. Semoga resepi yang dikongsi bermanfaat.

Berbalik pada resepi, sebenarnya bayam malabar (ada juga yang panggil sayur raja atau sayur bangla) dah memanjat manjat kat invisible grille pada balcony. Tanam satu pasu panjang sahaja, anak pokok dibeli dari kebun bahagia bersama

Alhamdulillah, pokok ni sangat senang tumbuh dan tiada serangan perosak. Senang sangat nak jaga, dan senang sangat membiak. Hanya cucuk keratan batang pokok dalam tanah dan pucuk baru akan keluar dalam beberapa hari.

Shas selalu petik daun bayam malabar ni untuk dimasukkan ke dalam sup atau kuah steamboat (tomyam putih). Tapi kalau biar direnih lama lama macam tu, rasa dia agak strong. So lama jugalah tak masak bayam malabar ni sebab Shas tak berapa gemar rasa dia kalau masuk dalam sup atau steamboat tu.

Semalam Shas prune pokok ni sebab macam rimas pokok dia memanjat dan melilit pokok markisa dan pokok kari. So potong la bagi rendah sikit.

Pokok bayam malabar. Dikelilingi pokok pudina, petunia kampung, pokok kari dan limau purut. Ni gambar selepas pokok bayam malabar dipotong.

Shas cuba goreng dengan sos tiram sebab ada yang cakap bayam malabar tak boleh dimasak lama, nanti berlendir. So semalam goreng atas api kuat, alhamdulillah hasil dia sedap. So bolehlah masak bayam malabar cara ni lagi.


Bahan bahan:

Tofu telur
Minyak untuk menggoreng

Bayam malabar
Bawang besar dan bawang putih - dikisar
Sedikit sos tiram dan air

Potong potong tofu telur dan digoreng supaya luarnya garing, ketepikan.

Kurangkan minyak (yang tadi digunakan untuk menggoreng tofu telur), dan goreng bawang besar dan bawang putih sehingga agak garing. Masukkan sedikit air dan perasakan dengan sos tiram. Kuatkan api (Shas naikkan suhu sehingga 240 °C) dan masukkan bayam malabar. Goreng sayur tadi (jangan lama sangat sebab api dah besar) sehingga sayur layu dan hidangkan ke atas tofu telur yang telah digoreng tadi.






Sunday, 11 January 2015

Resepi ketam daun kari

Assalamualaikum.

Dah 11 hb baru nak tulis first post for this year. Busy sangat.

Nuha dah pun start sekolah. Its been 5 days and so far so good. She seems to love going to school, alhamdulillah. First day hantar sekolah je kami tunggu dalam sejam dua, lepas tu x tunggu dah. Nampak dia ok je so tak la risau.

Esok abang dan Faiz pulak start sekolah. X tau la macam mana kelam kabut ke tak nak hantar dan ambil 3 orang anak sekolah ni.

Ok, back to the topic. This month je dah dua kali masak resepi ni. Sedap, lagi lagi kalau makan dengan nasi panas panas.


Ketam
Garam & serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng

Bawang besar, bawang putih dan halia - dikisar
Cili boh - 3 sudu besar
1 sudu besar serbuk kari
3 - 4 tangkai daun kari
Sos cili - 3 sudu besar
Kicap - 2 sudu besar
Sedikit gula & air

Gaul ketam dengan garam dan kunyit dan goreng dalam minyak dalam. Ketepikan.

Gunakan sedikit minyak yg tadi digunakan untuk menggoreng ketam untuk menumis bahan yg dikisar. Masukkan juga cili boh dan biar atas api sehingga cili agak garing. Masukkan serbuk kari dan daun kari, diikuti dengan sos cili & kicap. Tambah air jika mahukan lebih kuah dan sesuaikan rasa dengan menambah sedikit gula.

Masukkan ketam yang telah digoreng tadi dan lauk telah sedia untuk dihidang.

I hope that you will enjoy this recipe as much as we do!



Wednesday, 31 December 2014

Headband promo and year end sales



Headband promo will end tonight. Grab the offer fast - buy 3 or more headbands and get free postage (within Malaysia).

Headbands are still on sale at 25% off.

Head over to www.shashandmade.blogspot.com to purchase.




Year end sale at @shashandmade is still on and is now extended until 11 January 2015. Discount of up to 40% off on all available items. Hop over to my blogshop at www.shashandmade.blogspot.com for details.


Thursday, 25 December 2014

Year end sale at shashandmade




Year end sale is on at shashandmade.

Hop over to my blogshop at www.shashandmade.blogspot.com or visit my instagram @shashandmade for details.

Discount from 10% and up to 40% on ALL items.


Wednesday, 24 September 2014

Happy birthday Nuha!!



Made chocolate pavlova for Nuha's birthday. Suka sangat dia dapat tolong letak fruits atas pavlova.


Sampai comot hidung segala kena krim.


Happy birthday Nuha. Semoga jadi anak yang solehah. We love you always.


*resepi chocolate pavlova tu dah pernah post dulu kat blog ni.