Monday, 4 February 2013

Agar agar roti marble bercoklat

Dah lama sebenarnya buat agar-agar roti ni, cuma tak sempat nak kongsi resipinya lagi. Petang ni baru berkesempatan nak update blog.

Resepi ni Shas dapat dari myresipi.com, resepi dikongsi oleh hana. Shas ubah sikit-sikit resipi agar-agar roti ni dan tukarkan sukatan 'cawan' kepada 'gram' ataupun 'ml'. Resepi asal boleh didapati dari sini.



Bahan-bahan:
650 ml air
10 gram serbuk agar-agar (Shas pakai serbuk agar-agar seperti dalam entry ni dan ni)
130 gram gula
190 gram susu cair
80 gram susu pekat
2 biji telur
4 keping roti (dibuang kulitnya)
1 1/2 sudu besar butter
2 sudu besar serbuk koko

Adunan agar-agar dituang secara berselang-seli bagi mendapatkan effect 'marble'

  1. Didihkan air, serbuk agar-agar dan gula.
  2. Blend susu cair, susu pekat, telur dan roti, kemudian campurkan ke dalam periuk agar-agar yang dididihkan tadi.
  3. Masukkan butter dan kacau sehingga sebati, kemudian tutup api.
  4. Bahagikan kepada 2 adunan. Campur serbuk koko kepada salah satu adunan dan kacau sehingga sebati. Boleh juga dicampurkan coklat emulco bagi menggantikan serbuk koko.
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang-seli bagi mendapatkan effect 'marble'.
  6. Sejukkan sebelum dihidang.





2 comments: