Dari kecik lagi saya memang teringin nak belajar macam mana nak mengait.. dulu-dulu my mum selalu jugak mengait. Pernah juga belajar, tapi tak boleh-boleh jugak. Banyak kali juga cuba, tapi tak pernah jadi.
Malam semalam, tetiba rasa nak belajar mengait lagi. Bukan apa, geram tengok crafter-crafter buat crochet flower. So, saya pon cari la benang dan jarum kait yang memang sedia ada dalam kotak barang kraf. Then, buka youtube untuk belajar. Try buat sikit-sikit, boleh pon mengait walaupun tak cantik sangat. Dapat buat sekejap je sebab Nuha dok tarik benang kait.
Pagi tadi, lepas Amirul dan Faiz pergi sekolah, saya cuba sekali lagi. Tak sangka boleh, seronok sangat sebab ni first time saya berjaya mengait.
My first ever crocheted items, ok la walaupun x berapa kemas sangat. |
Kat sini saya share link kepada siapa-siapa yang teringin nak belajar mengait, simple je bunga ni.. bila dah dapat basic dia, lebih senang la nak follow other tutorials yang berlambak-lambak kat youtube tu.
No comments:
Post a Comment