Saturday, 23 February 2013

Agar-agar santan gula melaka



Awal bulan Februari yang lepas, waktu balik rumah nenek kat Melaka, sempatlah jugak Shas beli gula melaka. Stok yang kat rumah dah tinggal sikit, dan Shas memang tak tau nak beli kat mana gula melaka kalau kat KL ni. Kalau balik kampung, selalunya beli kat Bemban. Pernah la jugak beli kat R&R Ayer Keroh, tapi rasa yang jual kat Bemban macam lagi ok.

So,  petang Khamis lepas sempat la jugak Shas buat agar-agar santan gula melaka. Lama dah tak makan agar-agar ni. Resepi berasaskan resepi agar-agar pandan yang Shas pernah buat sebelum ni.




Shas tukar sikit-sikit resepi agar-agar pandan tu, dan Shas kurangkan sikit gula sebab gula melaka macam manis sikit berbanding gula biasa. Resepi seperti di bawah:

1 paket serbuk agar-agar 10 gram (Shas guna jenama Swallow Globe)
2 helai daun pandan, disimpul
210 gram gula melaka
750 ml air
200 ml santan (Shas guna santan kotak)
1 biji telur



  1. Campurkan serbuk agar-agar, simpulan daun pandan, gula melaka dan air, dan masak sehingga mendidih.
  2. Dalam bekas yang lain, campurkan santan dan telur.
  3. Apabila campuran serbuk agar-agar tadi dah mendidih dan gula melaka dah hancur, campurkan santan dan telur.
  4. Kacau campuran dan biar atas api sehingga mendidih.
  5. Tutup api dan tapiskan campuran agar-agar ke dalam acuan (Shas guna loyang empat segi 7 x 7 inci).
  6. Biarkan sekejap pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan.
  7. Enak dimakan sejuk.



No comments:

Post a Comment