Wednesday, 14 January 2015

Resepi bayam malabar dengan tofu dan sos tiram

Sebenarnya kalau boleh semua resepi nak didokumenkan dalam blog ni. Senang, sebab kalau agak agak takde idea nak masak apa, browse through je blog sendiri untuk cari idea. At least the recipe has been tried and tested kan. 

Boleh juga jadi sumber rujukan pada anak anak cara mama mereka masak lauk pauk, roti, western food segala. Semoga resepi yang dikongsi bermanfaat.

Berbalik pada resepi, sebenarnya bayam malabar (ada juga yang panggil sayur raja atau sayur bangla) dah memanjat manjat kat invisible grille pada balcony. Tanam satu pasu panjang sahaja, anak pokok dibeli dari kebun bahagia bersama

Alhamdulillah, pokok ni sangat senang tumbuh dan tiada serangan perosak. Senang sangat nak jaga, dan senang sangat membiak. Hanya cucuk keratan batang pokok dalam tanah dan pucuk baru akan keluar dalam beberapa hari.

Shas selalu petik daun bayam malabar ni untuk dimasukkan ke dalam sup atau kuah steamboat (tomyam putih). Tapi kalau biar direnih lama lama macam tu, rasa dia agak strong. So lama jugalah tak masak bayam malabar ni sebab Shas tak berapa gemar rasa dia kalau masuk dalam sup atau steamboat tu.

Semalam Shas prune pokok ni sebab macam rimas pokok dia memanjat dan melilit pokok markisa dan pokok kari. So potong la bagi rendah sikit.

Pokok bayam malabar. Dikelilingi pokok pudina, petunia kampung, pokok kari dan limau purut. Ni gambar selepas pokok bayam malabar dipotong.

Shas cuba goreng dengan sos tiram sebab ada yang cakap bayam malabar tak boleh dimasak lama, nanti berlendir. So semalam goreng atas api kuat, alhamdulillah hasil dia sedap. So bolehlah masak bayam malabar cara ni lagi.


Bahan bahan:

Tofu telur
Minyak untuk menggoreng

Bayam malabar
Bawang besar dan bawang putih - dikisar
Sedikit sos tiram dan air

Potong potong tofu telur dan digoreng supaya luarnya garing, ketepikan.

Kurangkan minyak (yang tadi digunakan untuk menggoreng tofu telur), dan goreng bawang besar dan bawang putih sehingga agak garing. Masukkan sedikit air dan perasakan dengan sos tiram. Kuatkan api (Shas naikkan suhu sehingga 240 °C) dan masukkan bayam malabar. Goreng sayur tadi (jangan lama sangat sebab api dah besar) sehingga sayur layu dan hidangkan ke atas tofu telur yang telah digoreng tadi.






5 comments:

  1. Banyak juga light terima dekat your balcony garden ya.
    Tumbuhan melilit boleh jadi natural shade.

    Rasa nak cari tofu telor pula ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Morning sun Diana, alhamdulillah. Boleh la juga pokok macam tomato pon berbuah lebat, cuma buahnya tak besar.

      A ah, seronok ada natural shade. Hampir penuh sebenarnya invisible grille tu dengan pokok markisa.

      Sila lah try masak sayur ni campur dengan tofu telur. Sedap.

      Delete
  2. Nak Cuba la...dah lama tak makan tofu telur. Bayam malabar saya (hijau dan merah) dah menjalar rata.

    ReplyDelete
  3. Nak Cuba la...dah lama tak makan tofu telur. Bayam malabar saya (hijau dan merah) dah menjalar rata.

    ReplyDelete