Monday 21 July 2014

Karipap kentang

Sudah agak lama sebenarnya tak buat karipap ni. Amirul pun dah sebut-sebut nak karipap, jadi dah alang-alang buat tu, terus buat doh dengan sekilo tepung. Inti kentang pun buat banyak juga.. kalau tak cukup doh nanti boleh guna inti kentang ni buat murtabak kentang (sebenarnya berharap ada inti lebih sebab dah lama tak buat murtabak kentang).



Resepi doh karipap dapat dari sini. Dah dua kali pakai resepi ni untuk doh karipap. Memang sedap, walaupun karipap tu dah sejuk, kulit karipap tak keras.



Ni Shas kongsikan resepi karipap inti kentang:

Untuk doh:
1 kg tepung gandum
340 ml minyak
500 ml air dicampur dengan 1 sudu besar garam

Panaskan minyak. Tuang minyak panas ke atas tepung dan kacau dengan senduk. Apabila telah agak suam, masukkan air bercampur garam tadi sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi doh (tak perlu habiskan air garam ni, cuma pakai yang perlu sahaja). Masukkan doh ke dalam plastik yang diikat (shas pakai zip lock bag) dan ketepikan sementara menyediakan inti kentang.

Untuk inti kentang:
5 - 6 biji kentang, dipotong dadu (shas guna russet potatoes)
Bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar (lebih kurang 2 sudu besar)
2 tangkai daun kari
Ayam atau daging yang dipotong kecil
3 @ 4 sudu besar serbuk kari
Minyak untuk menumis
Air
Garam secukup rasa

Panaskan minyak. Masukkan bahan yang telah dikisar dan goreng sehingga agak layu. Masukkan daun kari diikuti dengan serbuk kari. Apabila agak garing, masukkan ayam atau daging dan kacau. Kemudian masukkan kentang, air dan garam. Masak sehingga kentang empuk, kacau sekali-sekala.

Untuk membuat karipap:
Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan. Leperkan dengan penggelek dan letakkan satu sudu kecil inti kentang. Kelim karipap.

Goreng karipap seperti biasa. Jika hendak disejuk-bekukan, goreng sedikit sahaja sebelum disimpan di dalam freezer. Tujuan menggoreng sedikit sebelum disimpan adalah supaya karipap tidak melekat sesama sendiri.

Sebab dah penat buat karipap dalam kuantiti yang agak banyak, untuk iftar Shas masak simple je. Ayam bakar dengan tomato, bawang putih dan daun sweet basil (resepi dari sini) dan goreng cendawan shitake dengan tepung tempura.

Baked chicken with tomatoes, sweet basil and garlic + tempura coated shitake mushrooms



- pray for Gaza and pray for MH17. Al-fatihah untuk semua mangsa beragama Islam. Deepest condolences for all the victims' families and friends.

- boycott Israel. Let's boycott their products. 





2 comments:

  1. Karipap kalau buat mesti ada supervisor hehehe...I tukang isi dengan kelepet je

    ReplyDelete
  2. Kalau shas kena tunggu anak kecik-kecik nap baru boleh buat karipap ni. Kalau tak rebut rebut semua nak buat, lama baru nak siap.

    ReplyDelete