Monday, 20 February 2012

Review kelas talam part 3 Chef Asma

Kelas ni merupakan kelas masakan pertama yang saya pernah join.. betul.. but of course not counting those classes that I attended whilst in Form 2, waktu belajar kemahiran hidup dulu. I attended the above class last weekend. The class was conducted from 10.30 am till 6.45 pm, and was attended by 15 students. 

All in all, we learnt to make 14 types of kuih. Suka sangat, especially bila dapat belajar buat serimuka serta berjenis-jenis talam dan bingka. Kelas ni bukan full hands on, but separa hands on. Dalam erti kata lain, kita tak buat dari mula sampai habis.. Tapi dapat buat sikit-sikit sana dan sini. Contohnya, setiap orang akan dapat timbang bahan bahan, sediakan bahan bahan sebelum masak, masak bahan untuk satu atau dua jenis kuih etc. 

Ramai yang hadir kelas ni sama ada memang berniaga, baru nak mula berniaga, guru masakan yang mengajar orang lain masak, dan tak kurang juga yang macam saya, saja saja tambah ilmu pengetahuan. Resepi talam memang banyak ada kat internet, tapi tak tau kenapa saya tak pernah nak try. So, end up masuk kelas ni untuk dapat basic buat talam. 

Overall, saya seronok sebab dapat belajar buat kuih kuih ni. Semua kuih kuih tu sedap sedap.. Dapat bawa balik dua potong kuih setiap jenis, sedap, by sunday afternoon, semua kuih kuih yang saya simpan dalam fridge tu dah habis dimakan. Next time boleh buat lagi...kena banyak practise supaya tak lupa apa yang dah dipelajari.. 

Ni antara gambar kuih muih yang kitorang belajar hari tu:






Am looking forward to my next class :)






2 comments:

  1. Hi , simple and great reviews of the class... how I wish I could attend such class. I love kuehs :)
    Great blog by the way :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Anita, thanks for the blog visit!

      Delete