Wednesday, 13 October 2010

Kuih raya 2010 - biskut cornflakes

I's a bit too late to post this entry... but anyway.....



Mula-mula memang takde niat pun nak buat kuih raya tahun nih. Tapi sebab dah lama tak buat cookie ngan anak2, sian pulak kalau tak buat kuih raya tahun nih.

So, a couple of days before raya, Shas cari resipi kuih raya yang simple untuk buat ngan Amirul dan Faiz. Diorang tolong susun baking cup dalam dulang, then tolong masukkan cookie dough dalam baking cup tu. 

Lepas siap bakar, tak sabar-sabar diorang nak rasa cookie yang diorang buat tu.



Overall, cookie nih senang je nak buat, rangup dan sedap. 

Resipi untuk biskut cornflakes nih Shas dapat dari myresipi.com, tapi Shas ganti ceri ngan mix fruits.


Biskut cornflakes:


250 g butter
1/2 cawan gula
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 cawan cornflakes, diramas sedikit
mix fruits


Pukul butter dan gula sehingga kembang. Masukkan tepung, cornflakes dan mix fruits. Sudukan dalam baking cup dan bakar sehingga masak (suhu lebih kurang 160 darjah celcius).




No comments:

Post a Comment