Waktu birthday party Amirul the other day, among other recipe yang Shas buat ialah blueberry cheese tart. Boleh tahan ramai jugak peminat cheese tart nih.
My sister-in-law minta resipi nih and I've promised her to post it in this blog. So sorry Awin, it took me quite some time to post this recipe here.
Resipi nih sebenarnya Shas jumpa kat internet, dari blog norlilovescake dan sumber asal dari rinnchan.
Here's the recipe:
Bahan-bahan (untuk doh pastri):
250g butter
80g icing sugar
2 biji telur
440g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
- Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
- Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat.
- Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel. (Shas tukar this part, Shas bakar untuk 15 minit pada suhu 160 degree celcius)
- Sementara itu sediakan bahan isian cheese.
Bahan-bahan (untuk isian cheese):
250gm cream cheese
3/4 cawan gula icing
1 biji telur
1/2 cawan whipping cream
1 camca teh esen vanila
Blueberry filling secukupnya
- Pukul cheese dan gula aising hingga sebati.
- Masukkan esen vanila, telur dan whipping cream. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
- Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling di tengah-tengahnya.
- Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175 darj cel. (Shas tukar this part, Shas bakar pada suhu 160 darjah celcius untuk 5 minit).
- Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.
Hasilnya:
Cheese tart tu tak cantik, tapi sedap. Still kena improvise lagi and hopefully boleh buat corak yang cantik the next time buat cheese tart nih.
No comments:
Post a Comment