Friday 25 July 2014

Lagi sambungan projek menjahit baju raya anak-anak

Ok, dah siap all 4. Alhamdulillah. Klik sini untuk view the earlier posts on baju raya Amirul, Faiz dan Iman.

Tahun ni buat kaftan dengan skirt untuk Nuha. Idea ni dapat masa berbuka puasa di Ikea tempoh hari, semasa on the way ke surau di Ikano sebab surau di Ikea tengah renovate.

Nuha yang perasan kaftan yang dipakaikan pada mannequin dan tengok Nuha macam berminat je kat baju gaya cam tu.


Buat kaftan senang je.. just potong kain tu bentuk macam kat atas, then tebuk lubang leher sama cara macam buat baju kurung. Lepas tu kelim bahagian tepi baju (atau pakai mesin jahit tepi pun boleh juga, pakai jahitan yang nipis macam yang jahit tepi tudung tu), lepas tu jahit bahagian tepi untuk tepi baju, tinggalkan cukup ruang untuk lengan baju. Shas letak renda pada bahagian depan baju, and I kind of like the effect of having the lace there.

Untuk skirt pula, just ambil ukuran pinggang dan potong kain 2x ukuran tadi untuk lebar kain. Untuk panjang skirt, ukur labuh yang dikehendaki dan tambah 2 - 3 inci untuk jahit getah pinggang dan untuk kelim di bahagian bawah kain.

Hari ni kena gi shopping barang dapur sebab my mum and siblings will be coming over for iftar tomorrow. Lepas tu nak clean the house and maybe start making some raya cookies ataupun make some stuff for my online shop.


2 comments:

  1. Cute dan sangat sesuai dengan cuaca yang asyik bahang sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang lagi nak jahit baju camni dari jahit baju kurung. Lagipun kids mana reti duduk diam, kalau pakai camni senang sikit nak gerak.. and tak panas.

      Delete