Wednesday 29 May 2013

Roti paun

Buat roti ni untuk minum petang minggu lepas, kebetulan memang ada masak kari ayam, jadi bolehlah makan roti tu cicah kari. Dua hari berturut-turut buat roti tu, sebab anak-anak suka sangat makan. Resepi roti tu dapat dari sini, tapi Shas hanya pakai 'dough function' pada breadmaker, dan bentukkan roti tu sendiri.


Resepi roti paun:

1.5 cawan air
2 sudu besar minyak
4 cawan tepung roti
2 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1.5 sudu kecil serbuk yis

Masukkan bahan-bahan di atas ke dalam breadmaker mengikut turutan, pastikan garam dan yis tak diletakkan sekali. Pilih 'dough function' pada bread maker, setelah siap, bolehlah dibentukkan (boleh tabur sedikit tepung roti bagi memudahkan doh dibentuk).

Doh yang telah dibentuk
Lepas tu, biar pada suhu bilik lebih kurang 40 minit hingga 1 jam, sehingga doh naik.

Doh roti selepas satu jam pada suhu bilik

Bakar pada suhu 180 darjah Celsius untuk 12 minit atau sehingga masak (bergantung kepada saiz roti, Shas bakar selama 12 minit).

Roti yang dah siap dibakar

Roti ni memang lembut dan gebu, sedap je makan. Hari pertama buat, sekejap je dah habis. Sempat simpan sikit untuk sarapan hari esoknya. Hari kedua buat lagi, pastu siap simpan 1 buku roti yang dah dibakar dalam freezer for the weekend. Bila nak makan, hanya perlu panaskan sekejap dalam oven.




No comments:

Post a Comment