Sunday 3 August 2014

Sneak peek for shas.handmade

Walaupun tak cukup tidur sebab sampai KL lebih kurang pukul 2 pagi tadi, tapi masih bersemangat nak mengait. Sambil-sambil masak jemput-jemput kentang for breakfast, dan basuh baju yang bertimbun-timbun hasil dari bercuti, sempat juga mengait bunga ros untuk kedai online shas.handmade.

Semasa on the way ke kedai buku di Jasin untuk beli buku latihan sekolah for the kids petang Khamis lepas, tengok juga kedai kraf yang kat pekan Jasin tapi dah tutup.

On Friday, semasa on the way ke JB my hubby perasan kedai kraf tu buka so dia tanya nak singgah ke. Mestilah nak.. excited betul macam semua benda nak beli. Dah lama tak singgah kedai kraf, dulu sewaktu masih bekerja hari-hari singgah pun boleh sebab ofis dekat Jalan TAR, jadi lintas jalan je memang berlambak-lambak kedai yang jual barangan kraf.

So, antara barangan yang dibeli ialah benang-benang kait. Tu yang pagi-pagi lagi dah mula rasa nak mengait. Elok juga sebab dah lama tak stock up kedai online sebab busy dengan Ramadhan and raya preparation.


Ni sneak peek bunga ros yang Shas kait, nak dibuat hair accessories. InsyaAllah, esok atau lusa Shas upload new hair accessories kat shashandmade.blogspot.com.





2 comments:

  1. Sambil berjalan jauh, dalam kereta pun boleh berkait hehehe...
    Tukang kebun masa raya ni baru ada masa duduk dalam kereta sambil-sambil tu kemaskan biji-biji benih yang masih dalam seed pod lagi.
    Kalau dekat rumah banyak benda nak multi-task kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengait best sebab boleh buat sambil-sambil teman anak tengok tv or main kat playground. Kalau nak menjahit kena tunggu yg kecil nap baru boleh buat..

      Delete