Showing posts with label lauk-pauk. Show all posts
Showing posts with label lauk-pauk. Show all posts

Wednesday, 14 January 2015

Resepi bayam malabar dengan tofu dan sos tiram

Sebenarnya kalau boleh semua resepi nak didokumenkan dalam blog ni. Senang, sebab kalau agak agak takde idea nak masak apa, browse through je blog sendiri untuk cari idea. At least the recipe has been tried and tested kan. 

Boleh juga jadi sumber rujukan pada anak anak cara mama mereka masak lauk pauk, roti, western food segala. Semoga resepi yang dikongsi bermanfaat.

Berbalik pada resepi, sebenarnya bayam malabar (ada juga yang panggil sayur raja atau sayur bangla) dah memanjat manjat kat invisible grille pada balcony. Tanam satu pasu panjang sahaja, anak pokok dibeli dari kebun bahagia bersama

Alhamdulillah, pokok ni sangat senang tumbuh dan tiada serangan perosak. Senang sangat nak jaga, dan senang sangat membiak. Hanya cucuk keratan batang pokok dalam tanah dan pucuk baru akan keluar dalam beberapa hari.

Shas selalu petik daun bayam malabar ni untuk dimasukkan ke dalam sup atau kuah steamboat (tomyam putih). Tapi kalau biar direnih lama lama macam tu, rasa dia agak strong. So lama jugalah tak masak bayam malabar ni sebab Shas tak berapa gemar rasa dia kalau masuk dalam sup atau steamboat tu.

Semalam Shas prune pokok ni sebab macam rimas pokok dia memanjat dan melilit pokok markisa dan pokok kari. So potong la bagi rendah sikit.

Pokok bayam malabar. Dikelilingi pokok pudina, petunia kampung, pokok kari dan limau purut. Ni gambar selepas pokok bayam malabar dipotong.

Shas cuba goreng dengan sos tiram sebab ada yang cakap bayam malabar tak boleh dimasak lama, nanti berlendir. So semalam goreng atas api kuat, alhamdulillah hasil dia sedap. So bolehlah masak bayam malabar cara ni lagi.


Bahan bahan:

Tofu telur
Minyak untuk menggoreng

Bayam malabar
Bawang besar dan bawang putih - dikisar
Sedikit sos tiram dan air

Potong potong tofu telur dan digoreng supaya luarnya garing, ketepikan.

Kurangkan minyak (yang tadi digunakan untuk menggoreng tofu telur), dan goreng bawang besar dan bawang putih sehingga agak garing. Masukkan sedikit air dan perasakan dengan sos tiram. Kuatkan api (Shas naikkan suhu sehingga 240 °C) dan masukkan bayam malabar. Goreng sayur tadi (jangan lama sangat sebab api dah besar) sehingga sayur layu dan hidangkan ke atas tofu telur yang telah digoreng tadi.






Sunday, 11 January 2015

Resepi ketam daun kari

Assalamualaikum.

Dah 11 hb baru nak tulis first post for this year. Busy sangat.

Nuha dah pun start sekolah. Its been 5 days and so far so good. She seems to love going to school, alhamdulillah. First day hantar sekolah je kami tunggu dalam sejam dua, lepas tu x tunggu dah. Nampak dia ok je so tak la risau.

Esok abang dan Faiz pulak start sekolah. X tau la macam mana kelam kabut ke tak nak hantar dan ambil 3 orang anak sekolah ni.

Ok, back to the topic. This month je dah dua kali masak resepi ni. Sedap, lagi lagi kalau makan dengan nasi panas panas.


Ketam
Garam & serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng

Bawang besar, bawang putih dan halia - dikisar
Cili boh - 3 sudu besar
1 sudu besar serbuk kari
3 - 4 tangkai daun kari
Sos cili - 3 sudu besar
Kicap - 2 sudu besar
Sedikit gula & air

Gaul ketam dengan garam dan kunyit dan goreng dalam minyak dalam. Ketepikan.

Gunakan sedikit minyak yg tadi digunakan untuk menggoreng ketam untuk menumis bahan yg dikisar. Masukkan juga cili boh dan biar atas api sehingga cili agak garing. Masukkan serbuk kari dan daun kari, diikuti dengan sos cili & kicap. Tambah air jika mahukan lebih kuah dan sesuaikan rasa dengan menambah sedikit gula.

Masukkan ketam yang telah digoreng tadi dan lauk telah sedia untuk dihidang.

I hope that you will enjoy this recipe as much as we do!



Monday, 22 September 2014

Roasted chicken with lemon and herbs

Roasted chicken & asparagus goreng

Cooked the above buat jadi lauk for today's lunch.

Resepi asal roasted chicken tu dapat dari foodnetwork. Very easy to make, rasa pun sedap. Siap bertambah makan lunch hari ni.

Resepi roasted chicken:
Potongan ayam
Baby potatoes, halves
Rosemary, thyme and parsley
1 head garlic, halves
Salt and pepper
Olive oil
1/2 lemon

Campur semua bahan then bakar pada suhu 175 degree celcius for about 45 minutes atau sehingga masak (this will depends on the size of the chicken. Mine was perfectly cooked at the end of the cooking time, but if you are using whole chicken instead, then increase the cooking time accordingly).

* love the taste, sedap. However, next time Shas akan tambah garlic banyak sikit, 1 head x cukup sebab me and my husband suka makan roasted garlic.











Friday, 5 September 2014

Masak lemak ikan siakap (resepi tak pedas untuk anak-anak)

When I was young, my mom ajar masak lemak guna cili padi. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup, then masuk dalam periuk sekali dengan santan baru buka api dan masak.

Jadi sampai ke besar memamg macam tu la cara Shas masak lemak. Disebabkan pedas, anak-anak Shas tak nak makan masak lemak. So, every time masak lemak kena la masak lauk lain untuk diorang.

Then one day, kitorang makan lunch kat area Kampung Baru. Masa ambil lauk, ambil sekali ketam masak lemak sebab yang ni memang lauk favorite. Bila makan, eh, tak pedas pun lemak ni and the kids pun suka pulak makan.

Terus berazam nak try buat lemak yang tak pedas. Sekarang masak lemak ni dah jadi favorite Faiz. Kalau tanya dia nak lauk apa hari ni, mesti dia jawab lauk lemak. Takkan hari-hari nak masak lemak kan?

Ni cara Shas buat masak lemak yang tak pedas:

Bahan-bahan:
1 biji cili merah
1 biji bawang besar
Kunyit hidup
Minyak untuk menumis
200 ml santan
Air
Isi ikan siakap
Garam secukup rasa


Kisar cili merah, bawang besar dan kunyit hidup. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi. Kacau dan biarkan sehingga layu. Kemudian, masukkan santan dan air (jumlah air bergantung kepada kepekatan kuah yang dikehendaki).

Apabila kuah sudah mendidih, masukkan isi ikan siakap. Biar sehingga ikan masak dan perasakan dengan garam.


* kalau x nak letak ikan boleh je letak ayam @ telur.


Tuesday, 22 July 2014

Murtabak kentang

Ni sambungan daripada blog entry semalam. Inti kentang yang Shas buat karipap earlier ada lebih, jadi bolehlah buat murtabak kentang yang dah lama tak buat ni.

Murtabak dan karipap kentang

Sumber resepi dapat daripada my mum. Dulu waktu kecil memang kalau my mum buat karipap kena banyak, tu pun cepat je habis sebab yang makannya ramai. Dan kalau ada extra intinya memang murtabak ni la yang selalu my mum buat.

Sedap and super simple. Sekali-sekala dapat makan yang macam ni memang menyelerakan.

Resepi murtabak kentang:
Bahan-bahan:
Inti karipap
Telur
Kulit popiah
Minyak untuk menggoreng

Pecahkan telur. Campurkan inti karipap ke dalam telur dan kacau (agak-agak la banyaknya supaya tak cair sangat). Letakkan dalam 2 @ 3 sudu besar ke dalam kulit popiah dan lipat. Goreng dengan sedikit minyak sehingga masak.

Kuih muih for iftar - semua homemade

Ni buat untuk iftar semalam. Goreng juga karipap yang buat the other day sebab Faiz nak makan dan ada juga agar-agar santan yang Shas buat semalam (resepi dari sini).

Terung goreng ikan bilis dan masak lemak ikan siakap

Untuk lauk, Shas masak lemak ikan siakap (nanti Shas share resepi masak lemak ni ok - favourite anak-anak sebab lemak ni tak pedas) dan goreng terung dengan ikan bilis (resepi dari sini).


Monday, 21 July 2014

Karipap kentang

Sudah agak lama sebenarnya tak buat karipap ni. Amirul pun dah sebut-sebut nak karipap, jadi dah alang-alang buat tu, terus buat doh dengan sekilo tepung. Inti kentang pun buat banyak juga.. kalau tak cukup doh nanti boleh guna inti kentang ni buat murtabak kentang (sebenarnya berharap ada inti lebih sebab dah lama tak buat murtabak kentang).



Resepi doh karipap dapat dari sini. Dah dua kali pakai resepi ni untuk doh karipap. Memang sedap, walaupun karipap tu dah sejuk, kulit karipap tak keras.



Ni Shas kongsikan resepi karipap inti kentang:

Untuk doh:
1 kg tepung gandum
340 ml minyak
500 ml air dicampur dengan 1 sudu besar garam

Panaskan minyak. Tuang minyak panas ke atas tepung dan kacau dengan senduk. Apabila telah agak suam, masukkan air bercampur garam tadi sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi doh (tak perlu habiskan air garam ni, cuma pakai yang perlu sahaja). Masukkan doh ke dalam plastik yang diikat (shas pakai zip lock bag) dan ketepikan sementara menyediakan inti kentang.

Untuk inti kentang:
5 - 6 biji kentang, dipotong dadu (shas guna russet potatoes)
Bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar (lebih kurang 2 sudu besar)
2 tangkai daun kari
Ayam atau daging yang dipotong kecil
3 @ 4 sudu besar serbuk kari
Minyak untuk menumis
Air
Garam secukup rasa

Panaskan minyak. Masukkan bahan yang telah dikisar dan goreng sehingga agak layu. Masukkan daun kari diikuti dengan serbuk kari. Apabila agak garing, masukkan ayam atau daging dan kacau. Kemudian masukkan kentang, air dan garam. Masak sehingga kentang empuk, kacau sekali-sekala.

Untuk membuat karipap:
Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan. Leperkan dengan penggelek dan letakkan satu sudu kecil inti kentang. Kelim karipap.

Goreng karipap seperti biasa. Jika hendak disejuk-bekukan, goreng sedikit sahaja sebelum disimpan di dalam freezer. Tujuan menggoreng sedikit sebelum disimpan adalah supaya karipap tidak melekat sesama sendiri.

Sebab dah penat buat karipap dalam kuantiti yang agak banyak, untuk iftar Shas masak simple je. Ayam bakar dengan tomato, bawang putih dan daun sweet basil (resepi dari sini) dan goreng cendawan shitake dengan tepung tempura.

Baked chicken with tomatoes, sweet basil and garlic + tempura coated shitake mushrooms



- pray for Gaza and pray for MH17. Al-fatihah untuk semua mangsa beragama Islam. Deepest condolences for all the victims' families and friends.

- boycott Israel. Let's boycott their products. 





Monday, 14 July 2014

Resepi kari kambing

Ni antara menu favourite ramadhan tahun ni. Sebelum ni sebenarnya tak pernah pun buat kari kambing, tapi sejak makan kari kambing sewaktu ke Kelantan pada cuti sekolah yang lepas, balik KL terus rasa nak buat kari kambing.

Shas dah buat yang pakai santan dan dah juga buat yang pakai susu cair, and I prefer the one yang pakai santan. Tapi kalau takde santan and nak pakai susu cair pun boleh je sebab rasa dia tak lari jauh mana pun. Dua-dua pun sedap jugak.


Bahan-bahannya:
Bawang merah (2 biji), bawang putih (4 ulas) dan halia (dalam 5 cm) yang dikisar
1 kg lamb shoulders - dibuang lemak dan dipotong kecil
Minyak masak
3 - 4 sudu serbuk kari daging adabi
Daun kari (lebih kurang 3 atau 4 tangkai)
Kentang - 2 hingga 4 biji - dipotong
Santan (lebih kurang separuh kotak) atau susu cair (lebih kurang separuh tin)
Limau kasturi (dalam 3 atau 4 biji)
Air untuk lebihkan kuah
Garam

Perapkan daging kambing yang telah dibersihkan dengan separuh bahan yang telah dikisar tadi.

Panaskan minyak. Masukkan baki bahan yang telah dikisar tadi. Apabila agak layu, masukkan daun kari diikuti dengan serbuk kari.

Kemudian, masukkan daging kambing yang telah diperap, diikuti dengan kentang. Biar atas api agak lama sedikit sebelum dimasukkan air.

Kecilkan api dan tutup periuk/kuali dan biarkan daging empuk dan kentang masak. Masukkan santan atau susu cair (agak-agak la banyak dia based on warna kari tadi) dan masukkan perahan limau kasturi. Perasakan dengan garam. 


Saturday, 28 June 2014

Resepi terung goreng bersama ikan bilis

Setiap kali pergi pasar mesti nak beli terung. Memang sayur ni merupakan salah satu sayur kegemaran, cuma terung ni banyak menyerap minyak jadi tak boleh nak masak selalu.


Selain dimasukkan ke dalam kari atau dibuat sambal, Shas juga suka terung yang digoreng bersama ikan bilis. 





Resepi ni senang je, asalkan ikan bilis tu garing mesti sedap makan dengan nasi panas. Ni Shas kongsikan resepi terung goreng:



Potong terung dan goreng dengan sedikit minyak, ketepikan. Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan. 



Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang merah yang telah dihiris nipis, kemudian masukkan cili merah atau cili padi. Agak-agak bila bawang merah dah layu, campurkan sedikit serbuk pati ayam, masukkan terung dan ikan bilis, gaul rata dan sedia dihidang.



Monday, 24 February 2014

Kari ikan merah

Hari tu beli seekor ikan merah kat pasar. Bahagian isi ikan dah buat masak sup. Ni standard la, asal ikan merah je mesti nak masak sup.

So, yang tinggal bahagian kepala dan ekor ikan. Nak buat masak sup jugak macam tak sesuai. So, decided untuk masak kari ikan.



Resepi macam kat bawah ni:

Minyak untuk menumis
2 sudu besar cili boh/kisar
2 sudu besar bawang, bawang putih dan halia yang telah dikisar
1 sudu besar halba campur
Sedikit daun kari
2 - 3 sudu besar serbuk kari ikan, bancuh dengan air suam
1 - 2 sudu besar asam jawa diramas dengan air suam
100 ml santan
Cili hijau atau merah, dipatah 2
Baby tomato, dipotong dua
Bendi dibuang tangkai
Ikan
Garam secukup rasa


Panaskan minyak. Tumis cili boh, diikuti dengan campuran bawang, bawang putih dan halia yang telah dikisar. Tambahkan halba campur dan daun kari. Tumis sehingga warna tumisan agak keperangan.

Masukkan bancuhan serbuk kari dan terus menumis sehingga rempah agak garing / pecah minyak. Kemudian masukkan air asam jawa diikuti dengan santan. Boleh tambah air untuk lebihkan kuah.

Apabila sudah mendidih, masukkan cili, tomato dan bendi, diikuti dengan ikan merah. Sesuaikan rasa dengan menambah garam.

Kari ikan ni masak tengah hari tadi for lunch, pair kan dengan terung dan ikan bilis goreng. Sedap, makan bertambah-tambah. Anak-anak pon suka.