Thursday, 7 August 2014

More crocheted roses

Masih dengan hobi baru ni.. mengait bunga ros. Suka sangat dengan benang ni sebab setiap warna tu benangnye agak panjang sebelum bertukar kepada warna yang lain. Jadinya bunga-bunga tu tak sama, every time mengait tak sabar nak tunggu habis nak tengok end result dia.


Bunga-bunga ni kait pakai benang cashmere. Yang warna pink biru tu dah tak available sebab Nuha nak untuk jadikan headband dia. Sebelum ni ingatkan Nuha tak suka headband sebab dia memang just pakai hairclip, even nak ikat rambut dia pun dia tak bagi. Since semalam dia nak pula pakai headband, so layankan saja.



Ni headband yang buat semalam. Suka je dia pakai headband. Bangun pagi tadi terus je dia cari headband ni minta pakaikan.




Sunday, 3 August 2014

Sneak peek for shas.handmade

Walaupun tak cukup tidur sebab sampai KL lebih kurang pukul 2 pagi tadi, tapi masih bersemangat nak mengait. Sambil-sambil masak jemput-jemput kentang for breakfast, dan basuh baju yang bertimbun-timbun hasil dari bercuti, sempat juga mengait bunga ros untuk kedai online shas.handmade.

Semasa on the way ke kedai buku di Jasin untuk beli buku latihan sekolah for the kids petang Khamis lepas, tengok juga kedai kraf yang kat pekan Jasin tapi dah tutup.

On Friday, semasa on the way ke JB my hubby perasan kedai kraf tu buka so dia tanya nak singgah ke. Mestilah nak.. excited betul macam semua benda nak beli. Dah lama tak singgah kedai kraf, dulu sewaktu masih bekerja hari-hari singgah pun boleh sebab ofis dekat Jalan TAR, jadi lintas jalan je memang berlambak-lambak kedai yang jual barangan kraf.

So, antara barangan yang dibeli ialah benang-benang kait. Tu yang pagi-pagi lagi dah mula rasa nak mengait. Elok juga sebab dah lama tak stock up kedai online sebab busy dengan Ramadhan and raya preparation.


Ni sneak peek bunga ros yang Shas kait, nak dibuat hair accessories. InsyaAllah, esok atau lusa Shas upload new hair accessories kat shashandmade.blogspot.com.





Monday, 28 July 2014

Salam Aidilfitri



Salam aidilfitri. Maaf zahir dan batin. 

Friday, 25 July 2014

Lagi sambungan projek menjahit baju raya anak-anak

Ok, dah siap all 4. Alhamdulillah. Klik sini untuk view the earlier posts on baju raya Amirul, Faiz dan Iman.

Tahun ni buat kaftan dengan skirt untuk Nuha. Idea ni dapat masa berbuka puasa di Ikea tempoh hari, semasa on the way ke surau di Ikano sebab surau di Ikea tengah renovate.

Nuha yang perasan kaftan yang dipakaikan pada mannequin dan tengok Nuha macam berminat je kat baju gaya cam tu.


Buat kaftan senang je.. just potong kain tu bentuk macam kat atas, then tebuk lubang leher sama cara macam buat baju kurung. Lepas tu kelim bahagian tepi baju (atau pakai mesin jahit tepi pun boleh juga, pakai jahitan yang nipis macam yang jahit tepi tudung tu), lepas tu jahit bahagian tepi untuk tepi baju, tinggalkan cukup ruang untuk lengan baju. Shas letak renda pada bahagian depan baju, and I kind of like the effect of having the lace there.

Untuk skirt pula, just ambil ukuran pinggang dan potong kain 2x ukuran tadi untuk lebar kain. Untuk panjang skirt, ukur labuh yang dikehendaki dan tambah 2 - 3 inci untuk jahit getah pinggang dan untuk kelim di bahagian bawah kain.

Hari ni kena gi shopping barang dapur sebab my mum and siblings will be coming over for iftar tomorrow. Lepas tu nak clean the house and maybe start making some raya cookies ataupun make some stuff for my online shop.


Thursday, 24 July 2014

Sambungan projek menjahit baju raya anak-anak

3 dah siap, satu je lagi yang belum.


Untuk baju Iman, buat ala-ala baju melayu jugak cuma takde pesak dan berlengan pendek, takut dia panas kalau buat lengan panjang. Seluar buat yang sama macam Amirul dan Faiz, made using lycra denim material.

Baju Nuha je yang belum siap ni..Insya Allah sempat. Hari ni kena siapkan sebab lepas tu nak start buat biskut raya pulak.

Wednesday, 23 July 2014

Projek menjahit baju raya anak-anak

Ok 2 dah siap, lagi 2 belum start..

Selalunya baju raya Shas yang last sekali buat, memang last minute baru nak siap.. tapi tahun ni terbalik pulak. Baju Shas awal ramadhan hari tu dah siap dah. Sebabnya, kain untuk buat baju tu ambil yang dari stok sedia ada (kain baju Shas tahun ni yg my sister belikan a couple of years ago). Agak mencabar nak potong kain tu sebab Shas tak pernah jahit baju kurung guna kain yang berkaki. Puas la jugak berkira-kira nak bagi depan dan belakang baju tu selari dengan pesak baju. Nasib ok.

As for the kids, kain kena beli, tapi malas nak gi kedai kain. Dari bulan Jun lagi nak beli tapi tak terbeli. Last-last beli je online, tapi sebab online tak banyak design yang sesuai for boys, beli la kain cotton polkadot color khakis. Dapat pun dah agak lambat, so lambat la mula menjahitnya.

Baju raya Amirul dan Faiz tahun ni, same design for both kids

Apa-apa pun, alhamdulillah baju untuk Amirul dan Faiz dah pun siap. Untuk seluar baju melayu, Shas jahit pakai kain jenis lycra denim, so lepas raya boleh pakai dengan t-shirt. Takde la tersimpan je dalam almari sebab tak pakai. Ni tahun kedua buat macam ni and the kids memang suka sebab seluar jenis lycra denim ni selesa. Even yang tahun lepas punya pun diorang still pakai lagi, cuma agak senteng sikit sebab all of them semakin meninggi.

Untuk baju raya Nuha dan Iman, belum fikir lagi nak buat baju kurung/melayu tradisional ataupun nak buat lain. Nanti Iman nap petang nanti baru nak gunting kain. So still ada masa sampai petang nanti untuk decide design baju diorang berdua.