Hari ni anak-anak semua tak sekolah, Amirul demam sejak hari Jumaat, Faiz pula memang liat sikit nak pergi sekolah kalau abang dia tak sekolah... Nasib baik Faiz masih belum masuk darjah satu, kalau tak jangan haraplah dapat ponteng..
Since anak-anak semua ada kat rumah, Shas buat kek kukus coklat untuk makan petang. Resepi asal dapat dari blog ni, tapi macam biasalah, Shas ada tukar-tukar sikit resepi tu. Shas kurangkan susu pekat, minyak sayuran, gula, tambah esen vanilla dan gantikan tepung gandum dengan tepung kek.
Shas buat 1/2 adunan je, kukus dalam loyang bulat 7 inci. Resepi kat bawah ni untuk 1/2 adunan:
50 gram serbuk koko
200 gram susu cair
110 gram susu pekat
90 gram minyak sayuran
Campurkan semua bahan-bahan di atas dan masak di atas api perlahan, kacau hingga semua koko larut (tak perlu sehingga mendidih).
2 biji telur
110 gram gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
75 gram tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
Satukan telur, gula kastor dan esen vanilla menggunakan mixer. Kemudian, campurkan bahan-bahan yang dipanaskan di atas api tadi (campuran serbuk koko, susu cair, susu pekat dan minyak sayuran). Setelah sebati, masukkan tepung kek, baking powder dan baking soda.
Alas loyang dengan baking paper, tuang adunan kek ke dalam loyang dan kukus pada suhu sederhana sehingga masak. Shas kukus selama 45 minit.
Resepi coklat ganache mudah:
160 gram susu pekat
3/8 cawan serbuk koko (boleh juga guna 1/2 cawan serbuk koko)
1/2 sudu butter
Satukan bahan-bahan di atas dan masak di atas api sehingga likat. Tuang ke atas kek yang telah disejukkan dan hias.
Nuha orang yang paling excited sekali tengok mama dia buat kek, especially since dia memang sangat suka makan kek.