Sunday 31 August 2014

Key holder

Made this key holder this morning.


Love the end result walaupun rasa macam jahitan agak comot kat bahagian bias tape. 

Own pattern, with zippered compartment for storing coins, a pocket (behind the zippered compartment) to place some cards and magnetic snap for closure.

Monday 25 August 2014

Merdeka sale is on @ shashandmade.blogspot.com




Merdeka sale is on at shashandmade.

10% off all purchases. Free postage for purchases above RM 100 (otherwise postage is RM 7 flat nationwide).

To qualify for the discount, order + payment must be made within the sale period (25/8 till 1/9).

Hop over and visit shashandmade to view handmade hair clips, baby headbands,  pencil cases, wristlets, coinpurses etc. 

Tuesday 19 August 2014

Resepi popiah kegemaran ramai

Percaya ke tak? Memang popiah ni menjadi kegemaran ramai.. tak tipu. Kalau pergi potluck bawa popiah ni mesti orang tanya resepi. Kalau gi majlis buka puasa, jamuan raya bawa popiah ni mesti orang tanya resepi.

Dah lama sebenarnya nak masukkan resepi popiah ni dalam blog tapi every time buat, goreng je habis, tak sempat nak ambil gambar.

Semalam ada free time sikit so dapatlah buat lagi popiah ni. Tak tau dah berapa ratus keping popiah yang Shas dah buat sejak ramadhan the other day. Laku sungguh kalau buat popiah ni, cepat habis.

Yang semalam buat tu dapat la juga dalam 50 keping lebih kurang. Boleh buat makan petang dan yang selebihnya masuk dalam freezer, nanti bila-bila nak goreng atau kalau ada tetamu, senang. Tinggal goreng je.



Ni resepi turun-temurun from my mum. Dulu waktu kecik-kecik kalau my mum buat popiah ni, berebut kitorang adik-beradik makan. Sedap.



Resepi popiah:

Sebiji bawang besar dan dua ulas bawang putih - dikisar @ dipotong kecil
2 @ 3 keping chicken breast - dikisar
1.5 - 2 paket sayur campur (kacang peas, carrot, jagung) @ frozen mix vege
Sos tiram
Minyak untuk menumis
Kulit popiah

Panaskan sedikit minyak.  Goreng bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan isi ayam yang telah dikisar. Biar lama sedikit sehingga ayam masak kemudian masukkan sos tiram diikuti dengan sayur campur. Masak sehingga sayur campur (frozen mix vege) masak.

Kemudian bolehlah digulung dengan kulit popiah dan digoreng. Kalau nak frozenkan, just susun dalam bekas dan masukkan dalam freezer, tak perlu goreng dahulu.









Monday 18 August 2014

Crocheted bows

Ni projek terbaru, mengait bows untuk dijadikan klip rambut. InsyaAllah, lunch nanti Shas upload end product ke dalam blog shashandmade.blogspot.com dan juga instagram shashandmade.


Thursday 7 August 2014

More crocheted roses

Masih dengan hobi baru ni.. mengait bunga ros. Suka sangat dengan benang ni sebab setiap warna tu benangnye agak panjang sebelum bertukar kepada warna yang lain. Jadinya bunga-bunga tu tak sama, every time mengait tak sabar nak tunggu habis nak tengok end result dia.


Bunga-bunga ni kait pakai benang cashmere. Yang warna pink biru tu dah tak available sebab Nuha nak untuk jadikan headband dia. Sebelum ni ingatkan Nuha tak suka headband sebab dia memang just pakai hairclip, even nak ikat rambut dia pun dia tak bagi. Since semalam dia nak pula pakai headband, so layankan saja.



Ni headband yang buat semalam. Suka je dia pakai headband. Bangun pagi tadi terus je dia cari headband ni minta pakaikan.




Sunday 3 August 2014

Sneak peek for shas.handmade

Walaupun tak cukup tidur sebab sampai KL lebih kurang pukul 2 pagi tadi, tapi masih bersemangat nak mengait. Sambil-sambil masak jemput-jemput kentang for breakfast, dan basuh baju yang bertimbun-timbun hasil dari bercuti, sempat juga mengait bunga ros untuk kedai online shas.handmade.

Semasa on the way ke kedai buku di Jasin untuk beli buku latihan sekolah for the kids petang Khamis lepas, tengok juga kedai kraf yang kat pekan Jasin tapi dah tutup.

On Friday, semasa on the way ke JB my hubby perasan kedai kraf tu buka so dia tanya nak singgah ke. Mestilah nak.. excited betul macam semua benda nak beli. Dah lama tak singgah kedai kraf, dulu sewaktu masih bekerja hari-hari singgah pun boleh sebab ofis dekat Jalan TAR, jadi lintas jalan je memang berlambak-lambak kedai yang jual barangan kraf.

So, antara barangan yang dibeli ialah benang-benang kait. Tu yang pagi-pagi lagi dah mula rasa nak mengait. Elok juga sebab dah lama tak stock up kedai online sebab busy dengan Ramadhan and raya preparation.


Ni sneak peek bunga ros yang Shas kait, nak dibuat hair accessories. InsyaAllah, esok atau lusa Shas upload new hair accessories kat shashandmade.blogspot.com.